Saturday, February 27, 2010

anak haji hakim!

assalamualaikum.
hurmm... tadi mama ade beli kan pembalut buku, mcm2 color adee.. haaha. lepastu, kenetulan MOOD nak balut buku dtng, ceh ceh (",) sempat jugak amek gmbr. sebenr nya pembalot ni b'kilat2. mcm yg korang salu tngok dkt kedai. tp bile di ambil gmb x nampak lah.

warna-warni :)
name, class, tajuk pelajaran.
tapi ni dlm bahase arab ^_~
pembalut.
cehh :DD
sebenar nye, cantik tengok depan2, hee +_+
siap 'pozing' lagii :D

Friday, February 26, 2010

jadual peperiksaan class 3 2010.

( jumaat, 26 feb)
harini, ktorang dapat jadual peperiksaan class masing2. tak sanggup mate ku untuk melihat ke arah jadual tersebut. takot nyee nak dekat exam, tak buat ape2 pon lagi. isnin mnggu dpn dah nak mula exam. tengok nih, senarai jadual peperiksaan class saye , hee :D
haishh!! gementar nyee.. ustazahh!! taknak amek exam ;(
ISNIN: terjemah al-quran dan bahasa arab. (susah 0.o)
SELASA: qisosun nabiyyin dan usul feqah+usul tafsir.
RABU: feqah dan hadis.
KHAMIS: tauhid dan nahu. (haa, ini paling saye tak sukee!)
JUMAAT: sorof dan balaghah. (ini pon samee!!)

maulidur rasul :)

allahumma solli a'la sayyidina muhammad, waala ali sayyidina muhammad.
hari ni maulud nabi kan? banyak kelebihan orang yang b'selawat tauu~
haaa, bace sejarah dia:
= sejarah awal: hari mauldur rasul yg jatuh pada 12 rabiulawal , merupa kan hari lahir kelahiran nabi muhammad s.a.w.
= juga di sebut maulid nabi/maulud shja. dlm bahasa arab b'maksud hari lahir.
= perayaan maulidur rasul sudah m'jadi tradisi dlm masharakat islam selepas kewafatan baginda. perayaan ini sebenar nya di asas kan oleh kerajaan fatimiah di mesir pada tahun 300-an hijriah.. kemudian ia di teros kan pd zaman perang salib oleh sultan salahuddin al-ayyubi, bg m'peringati perjuangan nabi muhd s.a.w. dan para sahabat nye..
= seterus nya m'jadi tradisi oleh sbhgian besar kaum muslim.
rajin lah berselawat ke atas nabi sebagaimana allah b'firman:
"sesungguh nya allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. wahai orng2 yg beriman berselawat lah kamu dan beri lah salam kpd nyee.."
(surah al-ahzab, ayat 56)

nilai tudung seorang wanita.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

wanita, gadis dan perempuan.

Seorang gadis itu... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... Seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ... perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI .

jangan derhaka kpd kedua ibubapa.

merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku...

* * * * *

13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku.

Aku tersenyum girang. Itulah yang ku tunggu selama ini. Makanan yang sudah siap terhidang untukku dan keluarga. Sejam aku menghadap buku-buku, akhirnya tiba juga waktu rehat.

" Ye, mama. Akak datang nanti," suara lapan tahunku bernada riang.

Ketika aku melangkah ke ruang dapur, aku terdengar adikku bersorak gembira. Aku semakin hairan,

" Nak makan pun gembira sangat," ujarku kasar. Terdiam adik melihat reaksi aku. Kemudian dia berlari mendapatkan mama yang sedang mengandung.

"Mama masak apa hari ni?," soalku kepada mama lalu membuka tudung saji.

Mama hanya tersenyum." Mama masak laksa hari ni. Hari ini kan ulang tahun kelahiran adik..jadi mama masaklah makanan kegemaran dia," ucap mama sambil mengusap rambut adik dengan penuh kasih sayang.

"Mama, akak kan tak suka laksa. Kenapa mama masak makanan ni? Mama ni, macam tak faham akak kan? ," tiba-tiba, tanpa ku sedari kata-kata itu terucap dibibirku.

"Akak..ni, berkiralah. Setakat laksa, apa salahnya. Jangan cerewet sangat boleh tak?," marah adikku. Hatiku semakin panas mendengar kata-kata adik.

"Akak peduli apa? Akak nak juga makanan lain," keras kataku lalu aku cepat-cepat melangkah dari situ.

Mama dan adik terpinga-pinga melihatku begitu. Mama hanya mampu menggeleng, begitu sedih hatinya melihat anak yang dikandung 9 bulan lebih memilih makanan dari penat lelahnya.

-------------------------------------------------------

Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Cepat saja jari-jemariku mendail nombor itu. Tet, tet. Tet, tet..

"Assalammualaikum, ni siapa?," soal suara ditalian.

"Abah, ni kakak," pantas saja aku menjawab. Tidak sabar menyatakan hasrat dihati.

"Ye, kak? Kakak nak apa telefon abah ni?," tanya abah lembut.

"Abah, akak lapar ni. Abah belikan makanan ye?," pujukku dengan nada minta dikasihani.

"Mama tak masak ke?," tanya abah kembali.

"Masak, tapi tak sedap. Akak tak sukalah makan laksa. Akak bukannya adik," jelasku dengan kasar.

"Ah..jangan nak mengada. Mama dah masak tu, makan sajalah. Kesian tau kalau akak tak makan apa yang mama dah masak. Kecil hati mama nanti," pujuk abah untuk menenangkanku.

"Abah ni..sama dengan mama. Langsung tak faham kehendak kakak!" aku terus mematikan talian dengan perasaan bengang.

"Sama je semua orang. Asyik fikir kehendak sendiri, kehendak aku siapa nak fikir? Tapi aku laparlah, kalau gastrik, susah ni," hatiku berbicara sendiri. Di saat itu, aku lebih memilih untuk mengunci pintu dan tidak mahu makan sehingga kehendakku ditunaikan. Sakit hati rasanya bila kehendak hati tidak ditunaikan.

-------------------------------------------------------

"Abang, macam mana ni? Akak tak makan lagi ni. Dia tak keluar dari bilik langsung. Abang, saya takutlah dia pengsan ke, gastrik ke," mama menunjukkan rasa risaunya kepada abah.

"Hish, awak ni. Tak ada apalah. Dia cuma merajuk je tu. Budak kecil memang macam tu," abah cuba memujuk mama walaupun abah sendiri khuatir dengan keadaan aku.

"Abang, apa kata kita pujuk dia lepas tu bawa dia pergi fast food. Jomlah bang," pujuk mama kembali. Abah hanya menggeleng.

"Iyalah..kita pujuk dia sama-sama, lepas tu bawa dia pergi fast food, okey?," akhirnya abah mengalah juga.

-------------------------------------------------------

Aku menguntum senyuman apabila berdiri di dalam restoran terkenal itu. Berjaya juga helahku.

"Akak nak beli apa?," tanya abah lembut. Aku lantas menyembunyikan senyumanku itu. Takut disedari oleh abah.

"Akak nak beli ayam goreng..lepas tu kentang putar , ehmm..apalagi ye? Haa..akak nak beli aiskrim coklat dengan chesee burger," pintaku tanpa memperdulikan abah.

Bagiku yang penting, apa yang ku hajati tercapai. Apalagi adik tidak ada untuk menggangguku. Sebelum pergi tadi, aku memujuk mama supaya meninggalkan adik di rumah untuk dijaga oleh nenek kerana adik sedang tidur. Abah dan mama saling berpandangan, akhirnya abah mengangguk tanda setuju.

-------------------------------------------------------

"Akak dah puas hati?," tanya abah setelah kami sekeluarga berada di dalam kereta.

"Sebenarnya, akak nak beli lagi..tapi cukuplah ni je," kataku acuh tak acuh.

Langsung tidak ada sedikit pun ucapan terima kasih yang meniti dibibirku. Mama terdiam. Dia tidak tahu ingin berkata apalagi.

"Abang, nanti singgah kedai bunga tu ye. Saya nak beli baja sikit," kata mama setelah abah menghidupkan enjin kereta.

"Okey..nanti.." belum sempat pun abah menghabiskan ayatnya aku mencelah.

"Tak boleh, akak dah lapar ni. Nanti gastrik siapa susah. Ma, kita pergi lain kali ye?." Mama tersentak mendengar kata-kata aku.

"Ye lah, kita tak payah pergi kedai tu. Kita terus balik rumah," balas mama.

Dia tidak mahu aku merajuk seperti tadi, kerana kasih sayangnya dia sanggup mengetepikan kehendak dirinya demi aku. Aku mengukir senyuman paling manis di dunia. Tidak sabar rasanya ingin ku nikmati kelazatan fast food ini. Hanya kerana fast food, aku sanggup mengecewakan hati mama.

"Abah, pinjam telefon bimbit boleh tak? Akak bosanlah. Akak nak main game," pujuk aku.

"Nah..." Tiba-tiba telefon itu jatuh dari tangan abah.

"Abah, telefon tu jatuhlah kat bawah kaki abah," ucapku dengan harapan abah mengambilnya. Abah hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon.

"Abah..cepatlah. Akak nak main game ni," marahku kepada abah.

"Abah sedang memandu kereta, bahayalah sayang. Akak main dekat rumah ye," pujuk mama.

"Akak nak main sekarang!," aku membentak.

Abah membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai telefon bimbit yang berada dikakinya.

"Susahlah," kata abah.

"Abang, tak payahlah. Jangan dilayan sangat akak ni," kata mama apabila melihat abah sedaya upaya abah cuba mendapatkannya Aku memuncungkan bibir apabila mama berkata begitu.

"Tak apelah, akak merajuk lagi nanti, " balas abah pula.

Tiba-tiba.... " TON!! TON!!!"

" Abang, ada lori depan tu!!!!," jerit mama apabila melihat sebuah lori kontena dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang di hadapan kereta abah. Tapi semuanya sudah terlambat, abah tidak sempat menekan brek kereta.

* * * * *

"Akak, kenapa menangis ni?." kehadiran adik membuatkan aku tersedar daripada lamunan.

"Adik..," ucapku perlahan. Adik menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku ini.

"Akak teringat arwah mama dengan abah ke?," duga adik. Aku mengangguk perlahan.

"Akak, sabarlah. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang dipersalahkan. ALLAH sayangkan mereka. Mungkin dengan pemergian mereka kita lebih pandai berdikari dan lebih pandai menghargai seseorang itu selagi dia masih ada di dunia ini." Air mataku mengalir lebih deras tanda terharu mendengar kata-kata adik.

Adik yang dulu aku jauhi, kini dialah yang memberikanku semangat agar aku terus kuat berdiri tabah mengharungi dugaan hidup.

"Akak, kita doakan agar arwah abah dengan mama tenang di sana ye?," pinta adik.

"Amin," aminku di dalam hati. Abah, mama. Akak minta maaf di atas segala kesalahan akak pada abah dan mama. Akak tidak mampu mengubah segalanya. Kalau akak tahu apa yang bakal terjadi, akak tidak akan berbuat begitu sama sekali. Tetapi, siapalah akak. Akak berdoa supaya Maha Esa menempatkan abah dan mama ditempat hamba-Nya yang beriman. Amin.

Thursday, February 25, 2010

exam.

asssalamualaikum.
minggu depan nak mula exam dah, sempena nak exam nii....setiap tahum mesti stiap class akan dapat nasihat, petunjuk, dan motivasi. dan ustazah hajar bte azman, mesti tak lari juge untuk m'beri nasihat2 yg bernas pade kami.. antare tips2 yang selalu ustazah pesan::
  • jangan lupesebelum periksa, kita kena banyak salam dan memberi salam kpd semua guru2 dan ustazah.. kerana mereka semua adalah satu rahmat yang allah telah beri pada kita.
  • banyak kan doa, solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. dan sentiasa lah minta petunjuk dari allah.
  • banyak kan juga mintak doa pade guru2 kita, kerana doa seorang guru kpd ank-murid nya.. inshaallah akan makbul.
  • selalu amal kan tasbih fatimah ( subhanallah 33 kali , alhamdulillah 33 kali dan allahuakbar 34 kali ) siapa yg amal kan zikir ni dia akn m'dapat kekuatan hidup. inshaallah.
  • dan selalu banyak kan b'whudhuk, 1stly bg wanita. ia juge merupa kan kekuatan hidup dan akn mencantik kan kulit wajah.
  • akhir sekali, bnyk membaca doa sblm pprikssaan, doa masuk kelas, doa penerang hati dan juga doa doa yg seumpama nya..

inshaallah, kita semua akan berjaya dgn izin allah, sekian :)

apa itu purdah ?_?

~Bila keluar RASA SELAMAT tapi still kena Berhati2.

~Bila keluar rasa sangat MALU, walaupon awak huhahuha (T_T)

~Bila keluar sentiase TUNDUK PANDANGAN, jalan tengok bawah je sampai nak jatuh. adoy

~Bila keluar sentiasa Kawal Suara, tak boleh nak cakap kuat2, kang orang ingat ada makhluk lain pulak, yelaa mulot kan tutup.. nanti semua orang tercari2 mana datang suara tu.

~Sentiasa bawa AKHLAK yang elok..sOpan santun, mesti Senang dapat JODOH. ayooob...

~Hanya pergi tempat yang sesuai, Konsert..?? jangaaannnnn..

~Rasa sangat yakin dengan diri, rasa diri di pelihara..malaikat kirikanan kan sentiasa ikut awak. jage jage -_-

~Kena sentisa IKRAM orang, tak kisah tua muda miskin kaya..aik..?? bila naik LRT, ikram makcik2 kanak2 bagi dia dudok, awak diri tapi pegang besi tu, kang jatuh pulak...

~Dapat putihkan kulit muka awak tu, terlindung dari cahaya matahari.. tak perlu la beli pape Krim muka lagi..hiii..

~Awak bagi SALAM pada orang bila jalan tapi pada kaum Hawa laa..jangan tegur kanak2, kang dia melalak pulak tengok awak bertutup. (#_#)

Nak tau tak~??
'' Bila kita ikut PERINTAH ALLAH, Cara hidup NABI..walaupon kita tak berkata @ suruh apa2, tapi Bila orang pandang, automatic Orang boleh tekesan dan memberi kesedaran kapada mereka untuk amalkan apa yang mereka lihat. Bila mereka amalkan, automatic PAHALE akan masuk dalam inbox awak..''
(^_^)

kehidupan.

assalamualaikum ;)
-ISNIN: bangun lambat pukul 7:00 pagi, baju skolah pon belum di streka lagi. hum.. lepas streka tudung, sy tenong pade tdung tu beberape minit, rase mcm ade yg tak kena pade tudung nih..? ya allah, padan lah. saye salah iron tudung. hmm.. nak nangis je rase ;( takpee, sabar2. sabar adalah sebahagian drpd iman ;) 7:10 am, buat sarapan. 7:15 am, baru nak mandi.7:25 am, kemas bilik. 7:30 pergi sekolah. hmm alhamdulillah laa.. rumah baru ni dekat dgn sekolah!
-SELASA: skrng ni bile msuk sekolah je mesti panas, dgn cuaca yg kurang menentu. ?_? semua class ade econ dan kipas. melain kan class saye. ade econ shje, kipas x ade. shukur alhmdllah, tetap ade angin. dan skrng ni semua guru2 telah mesyuarat. mulai hari isnin, semua econ di setiap class mesti lah buka start pkul 8:30 pagi. dan tutup slpas habis class pd pukul 1:15 tengahari. hmm.. peraturan makin ketat lah skrng :( kami pon kena disiplin, ekonomi pon kurang stabil.
-RABU: pengumuman tarikh peperiksaan penggal pertama dan cuti prtengahan tahun,
yeahh excited excited !! ;)
-KHAMIS: ade latihan b'cakap bahasa arab bersama kumpulan, merupakan salah stu latihan sekolah kami sblm exam.
-JUMAAT: mase plajrn bhase arb, ktorang kena panggil dgn ustzh hajar. dia merupakan guru bhse arab kami. kena marah, sbb mase latihan kami x buat betol2. dia juga merupa kan seorang guru yg palinh tegas di skolah. kecot perot semua bile kena masuk pejabat, haha :DD
tapi ustazah tetap best!

Saturday, February 13, 2010

adik-adik ku berkain pelekat :D

assalamualaikum ;)
kali ni, nk update tentang ayed dgn yash berkain pelekat, konen nye nk jadi seorang lelaki yang baik laaa.. haaha, baik laaah sngat ;DD time nih, kami adk-bradik tngah bosan. tbe2 kakak sje nak amek gmba diorang pakai kain pelekat, 1stime nih! okay lah, x nak bebel pnjang2,

jom kte tngok!

time ni dek yash, pnye kain nak terlondehh :pp

alololo, mcm raya lah plak ;D
cehhh!
cekeding nyeee..
kami lah abang , haaha ;0

chineese new year !

(sabtu, 13 feb)
assalamualaikum :)
tepat jam 12 minit malam, telinga ku mula berdentum dentam. kwsn rumah sye nih bole di kata kan hampir kesemua nya bkn islam, majoriti nye adalah cina. hurm, bunga api, mercun x henti2 di main kan. punye laah bising. jiran cina belah kanan ruma sye, dr pg sampai mlm x habes2 pasang lagu. tajuk nye: (maaf, x dapat di kenali) sy x faham bahasa cina +__+ jiran depan sye pulak, sempena raya cina nih diorang buat mkn besa tahon ni. peeeenooh rumah die 1 family. jiran cina blakang ni plak, hurm.. x pasti diorang buat ape. tp surely rumah diorang nmpk gelaaap jee, mngkn celebrate dgn family kat lua kot.. best nye! tapi walaupon diorang sume b'bangsa cina tp hati diorang sgt baik, selalu je tego antara satu sama lain. inilah name nye :
SEMANGAT 'SATU' MALAYSIA !
kan kan ;) hee.
ape2 pon, last from me, sye doa dan b'harap agar jiran2 ku disini dpt menuju ke jalan yg benar.
"ya allah berilah hidayat dan ptunjuk kpd mereka" aminn :)
kwsn nih, sume nye dah jadi warne merah. penoh lampu2 yg b'kelip2 cahaya merah, sempena raya cina. hee, cantik laah plak.
okay kite smbing balik, hurmm... mln td plan nk pg carrefour, along ajak beli barang.alang2 tu mkn mlm kat sane jelah. ktorang search kat google untok dpt kan taxi number, alih2 kakak tu kate taxi sume cuti sbb raya cina. hahh?? hmm, kami sume dahla klaparan, perot x henti2 miscalled. along! mcm mane nih? nk msk tp sume dah penat , cehh. penat lah sngt, padahal (malas) haha. mama&baba plak x ade. last kali kami order dominos pizza.
burbb, alhmdllah. kenyang2. heehe. muke sume senyum nmpk 10 batang gigi, happy x terkata slpas makan. haish, mcm x pernah mkn lah adik2 ku ni.
okay, smpai disini shje. assalamualaikum..

to followers and readers :

welcome to my new blog.
humm, ni blog baru saye. blog yg lame tu dah lame x update, sampai lupe password.
sorry sory =_='

new email : http://www.kynanot.blogspot.com.
follow tau, sorry again.

have a fun with my new blogg ;)