Monday, March 8, 2010

mini muhadhoroh :)

(isnin 8 march)

alhamdulillah.. exam dah habis, pagi tadi pergi sekolah macam biasa, mase otw pergi sambil lenggang-lenggok :D tiba2 ada anjing kat depan, haahh badan! menggigil (",) saya memang pantang nampak 3 ekor haiwan ni : anjing, cicak, lipas. kalau dekat je dengan saye, saye akan tempeleng2 dia, heehe. okay, lepastu apa lagi cepat2 kelua kan tasbih (cewwah :p) and baca doa keluar rumah. alhmdllah, anjing tuh pon pergi dengan muka SLENGER dia . pagi ni ada perhimpunan, ustazah bagi mcm2 lah pesanan lps exam. and salah satu nya ustazah cakap:' sebenar nya kita bukan lah m'hadapi ujian yang sebenar-benar, tetapi ujian kita yang sebenar2 nya adalah di akhirat nanti. ujian dekat dunia mungkin kita boleh selesai kan dan m'hadapi nya, tetapi ujian dekat akhirat belum tentu kita dapat m'hadapi nya. right? haish, sangat takut, kita semua akan sama2 m'hadap ilahi...

pukul 11 am : ada pengumuman sekolah, ustazah cakap sempena exam dah habis ni, sekolah ada anjur kan satu aktiviti nama nye ' MINI MUHADHOROH' haaa! besst sangat, excited nih! (:
kira mcm taknak bagi pelajar2 stress sngat lah, sbb baru lepas exam. sebenar nya MUHADHORAH ni memang aktiviti sekolah kitorang setiap tahun mesti ada. setahun kadang2 ada dalam 2.3,4 kali mcm tulah. dan guru2 akan meshuarat kelas ape yang akan terpilih untuk lakukan MUHADHOROH ni. MUHADHOROH ni dalam bahasa arab, tapi dlm bhasa melayu dia orang panggil apa ek? ermm... lakonan kot, hehe. tapi kitorang kena lakon kan dlm bahasa arab lah, bukan bahasa melayu tau. susah +______+ tapi untuk MINI MUHADHOROH kali ni, semua kelas terlibat, x ade di kecuali kan. semmuuaa class masuk..
x boleh ngelat2 :pp

okeh, tujuan pulak: untuk memantap kan lagi bahasa arab pelajar2 di sekolah, dan memahami lakonan di dalam bahasa arab. bnyak lagi tujuan dia tapi x ingat lah.. kerja2 yang ustazah kasi, bagi setiap class. ni lah hasil meshuarat semua guru2, bace :)
  • bahagian class PERALIHAN dan class SATU : nashid ( dlm bahasa arab)
  • bahagian class DUA : syai'ir (dlm bahasa arab) haaha, time nih diorang semua m'jerit , sebab ni susah tau. takpe2, korang punya class kan banyak suara sedap2 , soo... apa lagi, syai'ir lah habis habisan c(=
  • bahagian class TIGA -ni class saye- : lakon kan iklan atau cerita ringkas (dlm bahasa arb) , haaha, best. senang lah jugak O.o
  • bahagian class EMPAT : sama mcm class TIGA.
  • bahagian class LIMA : berpantun (dlm bahasa arb) best dan menarik! :DD
  • bahagian class ENAM : haaaaa, diorang nih special class tau ustazah cakap, sebab diorang last class kat sekolah ni.. kena cerita , buat luahan hati selepas exam, contoh: happy ke, sedih ke, kecewa, bengang . buat dlm 1 bentuk cerita lah. mcm mcm .. pon dlm bahasa arab... hee ^__^!

latihan bermula pada hari (isnin 8 march-khamis 11 march) pukul 11 am sampai 1 suku tengahari, habis pengumuman ni semua pelajar masuk class masing2 dan bincang antara satu sama lain, yang ni nak buat tajuk ape, yang ni plak mcm mana ^__~ so, diorang semua pon nampak mcm excited dan degap-degup, hee..

MINI MUHADHOROH ni akan b'langsung pada hari terakhir sekolah, yaitu (12 march jumaat)
esok nya plak ambil reportcard, dan b'mula lah cuti selama seminggu, YEAY! huhh! x sabar ni (:

No comments:

Post a Comment